BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHHIM
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yg melabuhkan cintannya
padamu,agar bertambah
kekuatanku untuk menyintaimu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut
padamu agarr tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu..
Ya Rabbana jika aku jatuh
hati,jagalah hatiku
padanya agar tidak
berpaling daripada
hatimu...
Ya Rabbul Izzati jika rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di
jalanmu..
Ya Allah jika aku menikmati
cinta kekasihmu,janganlah
kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam
terakhirmu..
Ya Allah jika aku jatuh hati
pada kekasihmu, jangan biarkan
aku terlatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru
manusia kepadamu..
Ya Allah, jika kau halalkan aku
merindui kekasihmu, jangan biarkan
aku melampui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan
rindu abadi hanya kepadamu,
Amin..
DOAKU.. MOGA KITA SAMA-SAMA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.. BERJAYA DALAM MENGHARUNGI SEGALA DUGAAN DAN CABARAN.. YANG SEMEMANGNYA MENGUJI KEKUATAN IMAN.. KERANA TAPAK IMAN ITULAH YANG MENEMUKAN CINTA YANG SELAMA INI TELAH MENGHILANG
SEMOGA CINTA YANG DIBERI TELAH DITEMUI..SEMOGA ALLAH MELETAKKAN KITA DI BAWAH PAYUNG RAHMAT KASIHNYA..INSYA ALLAH..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan